Komputer
merupakan satu mesin yang menerima data (input) dan kemudiannya memprosesnya
menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa
hadapan atau dikeluarkan melalui printer dan lain-lain (output).
Komputer
sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung
kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit
berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer.
Generasi
Pertama-Tiub Hampagas
(
1942 - 1958 )
1.
Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2.
Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan
alat mekanik.
3.
Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4.
Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang
amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
Generasi
Kedua-Transistor
(1959 - 1964)
1.
Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2.
Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W.
Brittain dan W. Shockley.
3.
Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah
untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4.
Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah
untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5.
Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6.
Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7.
Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8.
Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly
language) seperti FORTRAN dan COBOL.
Generasi
Ketiga-Litar Elektrik
(1964
- 1970)
1. Menggunakan teknologi litar
bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada
kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin.
Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC
dan Pascal.
Generasi Keempat
(1971
-1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah
Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz
ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only
Memory( CD ROM ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Generasi
Kelima
(
2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia
ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti
manusia-kepintaran buatan.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu
cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan
membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat
kesimpulan.